CIC’s Ramadhan Roadshows - CIC Where Leaders Are Born Skip to main content
ramadhan-roadshow1

KUALA LUMPUR 29 Jun – Lebih seribu pelajar Pusat Perkembangan Minda CIC atau Children Islamic Centre (CIC) terlibat menjayakan persembahan yang hebat di dalam program CIC’s Ramadhan Roadshows yang diadakan di beberapa pusat perniagaan terkemuka di Lembah Klang pada hari minggu sepanjang bulan Ramadhan.

Ketua Pegawai Eksekutif CIC, Qutren Nada Ahmad berkata, “Objektif utama aktiviti tersebut adalah untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak, seawal usia empat tahun dan menerapkan nilai murni melalui persembahan yang disampaikan”. “Keyakinan diri adalah kunci kejayaan dalam hidup, adalah penting untuk kita bina keyakinan diri mereka seawal mungkin, tambahan pula generasi muda hari ini akan menghadapi zaman global yang lebih mencabar.Untuk terus berjaya, kita harus pastikan mereka boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, standing dengan generasi muda negara-negara maju yang lain”. “Bukan mudah untuk melatih kanak-kanak untuk mengadakan persembahan sempurna dan menakjubkan terutamanya di atas pentas di hadapan khalayak ramai.Namun berkat kesabaran guru-guru yang sanggup berusaha lebih dan sokongan ibubapa, hari ini kita lihat kanak-kanak CIC tampil dengan penuh yakin pada diri, mampu membuat persembahan yang sangat membanggakan”.“Umur yang sangat muda tidak menjadi halangan, persembahan yang dilakukan bukan sahaja melebihi kebolehan rakan sebaya yang lain, malah setanding kebolehan pelajar-pelajar remaja”.

ramadhan-roadshow2

CIC’s Ramadhan Roadshows ini yang telah diadakan 5 tahun berturut-turut telah berjaya mencungkil bakat dan meningkatkan keyakinan diri ribuan pelajar CIC. Kajian menunjukkan pengalaman semasa kanak-kanak memberi kesan positif yang akan berlarutan sehingga dewasa, lebih-lebih lagi jika suasana di rumah dan kualiti pembelajaran prasekolah menyediakan kanak-kanak dengan asas yang kukuh dan permulaan yang baik.

Tambah Qutren Nada, berikutan dengan tema CIC tahun ini iaitu, Leaders Are Readers, Readers Are Leaders, pihaknya banyak memilih persembahan yang memerlukan kanak-kanak banyak membaca seperti persembahan bacaan sajak atau poem dalam Bahasa Inggeris, pantun dan juga choral speaking. Ini adalah untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan kanak-kanak supaya tabiat tersebut dibawa sehingga dewasa.

CIC dengan mottonya, “Melahirkan Pemimpin” merupakan pusat perkembangan minda yang menawarkan pakej pendidikan kepada pelajar 3 – 12 tahun. CIC mempunyai 56 cawangan di seluruh negara.Program-program pendidikan ini telah memenangi beberapa anugerah dan antara yang terbaik di Asean. Maklumat lanjut berkenaan CIC boleh didapati di www.cic.com.my.